Sukan Hari Ini

Jangan Lena Dibuai Mimpi

BEKAS pemain kebangsaan, Bakri Ibni mengingatkan skuad muda negara agar tidak mudah leka dengan kejayaan mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Indonesia, tahun hadapan.

Sebaliknya, Bakri berharap skuad bimbingan Bojan Hodak terus meningkatkan prestasi kerana cabaran lebih besar sebenarnya menanti pemain di Indonesia.

“Selepas melihat mereka beraksi, sebenarnya jurang skuad muda negara dengan pasukan lain masih jauh ketinggalan, banyak lagi yang perlu ditingkatkan jika mereka mahu pergi lebih jauh.

“Corak permainan kita baik dari segi teknik dan teknikal, namun kematangan negara lain jauh lebih menyerlah.

“Jadi, saya tidak mahu pemain terlalu memikirkan kejayaan ini kerana di hadapan ada cabaran lebih getir menanti apabila perlu berdepan pasukan lebih hebat,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Skuad kendalian Bojan yang tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan F sememangnya mengharapkan keajaiban untuk layak ke saingan berprestij itu selepas sekadar menamatkan kedudukan di tangga kedua kumpulan dengan tiga mata.

Meskipun berjaya menewaskan tiga pasukan lain iaitu Timor Leste (3-1), Brunei (1-0) dan Indonesia (4-1), namun perubahan format pertandingan menyaksikan hanya aksi menentang skuad muda Garuda sahaja diambil kira.

Dengan berakhirnya kempen kelayakan, maka lengkaplah pencarian 16 pasukan akan berentap bersama-sama Indonesia selaku tuan rumah yang dijadualkan berlangsung pada September depan.

Pasukan berkenaan ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tajikistan, Qatar, Arab Saudi, Jordan, Korea Selatan, China, Vietnam, Jepun dan Australia dengan masing-masing muncul juara Kumpulan A-J.

Manakala lima pasukan naib juara terbaik pula terdiri daripada Iraq, Thailand, Korea Utara, Taiwan dan Malaysia.

Kejayaan itu turut mengikut jejak dua lagi skuad muda negara iaitu B-23 dan B-16 yang turut layak beraksi di pusingan akhir AFC tahun depan, di mana pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee akan beraksi di China Januari ini, sementara skuad Lim Teong Kim menjadi tuan rumah, Ogos nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");