Isu Panas

Jangan Sokong Parti Yang Bersama DAP – Mat Taib

KUALA LUMPUR: Semua pengundi Melayu khususnya di Selangor diingatkan agar tidak sesekali memberi sokongan kepada mana-mana parti yang bersekongkol dengan DAP.

Ujar Tan Sri Muhd. Muhammad Taib, ia bagi mengelak kuasa Melayu hilang akibat dijaja oleh parti-parti yang bergabung dengan parti yang bersikap ‘cauvinis’ semata-mata demi mendapatkan pengaruh politik.

Bekas Menteri Besar Selangor itu mendakwa, DAP bijak mengatur strategi ekoran parti yang dikuasai kaum Cina itu mempunyai kewangan yang kuat untuk tujuan politik.

“Kalau kita benarkan DAP menjadi teras kerajaan di Selangor dan kemudian dapat Putrajaya dengan kekuatan kewangan yang ada mereka boleh beli siapa sahaja,” katanya, menerusi laporan MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian pada Forum Hal Ehwal dan Isu Semasa; Halatuju Bajet 2018 TN50:Pendidikan, Ekonomi dan Kuasa Melayu di PWTC, semalam.

Mengambil contoh apa yang berlaku di Selangor, Muhd. Taib berkata, kehidupan orang Melayu semakin tersepit apabila kerajaan negeri sekarang ini tidak membantu secara keseluruhan terutama dalam isu perumahan.

Katanya, keadaan di Selangor bertambah ‘gamat’ apabila muncul masalah sosial seperti kes penyalahgunaan dadah, rumah urut, pelacuran, perjudian dan sebagainya yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Sekarang ni kalau nak pergi berurut tak perlu lagi pergi Hatyai, di Selangor ni saja dah ada banyak,” ujarnya.

Tambahnya, apa yang berlaku di Selangor ketika ini tidak seperti pentadbiran Barisan Nasional (BN) semasa beliau menerajui negeri itu.

Katanya, satu ketika dulu di zaman pentadbiranya, kerajaan sentiasa memikirkan untuk membangunkan rumah setinggan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");