Sukan Hari Ini

JDT gugur Cabrera, Guerra

JUARA Liga Super dan Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam membuat kejutan apabila menggugurkan dua pemain importnya, Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra sebagai langkah awal membentuk pasukan terkuat bagi menghadapi saingan musim depan.

Nasib dua pemain kelahiran Argentina itu diumumkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi laman rasmi Facebook, Johor Southern Tigers, sekali gus menyaksikan khidmat dua pemain berkenaan hanya bertahan selama semusim sahaja.

Dua pemain tersebut menyertai skuad Harimau Selatan itu pada Disember tahun lalu.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra. Pintu Johor Darul Ta’zim FC sentiasa terbuka untuk mereka dan kami yakin mereka akan menjadi sebahagian daripada kelab ini pada masa akan datang.

‘Mereka berdua sangat profesional di dalam dan di luar gelanggang dan kami bertuah untuk memiliki kedua-dua pemain ini sebagai sebahagian daripada projek JDT.

“Terima kasih dan tahniah kerana membantu JDT memenangi kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia. Terima kasih dan selamat maju jaya kepada Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra,” kata Prest dalam entri terbaru dalam Facebook rasmi JDT itu lapor Sinar Harian.

Guerra dan Cabrera adalah antara tonggak utama skuad kendalian Ulisses Morais pada musim ini.

Gandingan mereka berjaya memperagakan aksi terbaik untuk membantu JDT meraih kejuaraan berganda termasuk menewaskan Kedah 2-0 pada final Piala Malaysia 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");