Berita Hari Ini

Syarat Tauliah Elak Fahaman Menyeleweng

KUALA LUMPUR – Syarat tauliah yang dikenakan terhadap penceramah dalam dan luar negara bertujuan memastikan mereka tidak membawa fahaman menyeleweng dan bertentangan prinsip Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia juga bagi memastikan mereka tidak membawa anasir perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Saya ingin tegaskan bahawa keperluan tauliah untuk mengajar apa-apa aspek agama Islam telah ditetapkan dalam Seksyen 96, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993,” katanya menjawab soalan Zairil Khir Johari (DAP-Bukit Bendera) dalam sidang Dewan Rakyat, lapor Sinar Harian.

Menjawab soalan asal Zairil mengenai penahanan penulis dari Turki, Mustafa Akyol selama satu malam, Asyraf Wajdi berkata, ia dibuat berdasarkan aduan mengenai pembentangannya di Kuala Lumpur dan terbuka untuk orang awam.

“Semakan mendapati Mustafa Akyol tidak mempunyai tauliah dan penganjur atau beliau sendiri tidak membuat permohonan untuk tujuan tersebut.

“Beliau telah diberikan surat Perintah Hadir bagi memberikan keterangan mengikut Seksyen 58 (1) Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) tetapi gagal mematuhi perintah hadir ke Jawi bagi memberikan keterangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");