Perak Hari Ini

‘Kalau Ada Tidak Puas Hati, Sila Bawa Ke Mahkamah’: Pengerusi SPR

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menggesa parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti agar dapat menggunakan media sosial sebagai medium berkempen, dengan cara berhemah.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata organisasi tersebut sering menjadi sasaran kecaman dan tomahan di alam siber susulan daripada sesetengah pihak yang tidak menyampaikan maklumat dengan tepat.

“Tidak kira daripada mana-mana pihak, mahupun parti politik, apa sahaja yang kita buat pasti ada tomahan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah

“(Selain daripada mengadakan sesi penerangan yang lebih mendalam beserta simulasi PRU), tahun ini kita akan ambil kehadiran nama-nama wakil parti politik sewaktu proses pengundian berlaku.

“Kita juga berharap mereka dapat memberi gambaran sebenar terhadap apa yang berlaku khususnya dalam media sosial (agar dapat mengelakkan sebarang salah faham dalam kalangan masyarakat).

“Dahulu pernah didakwa berlakunya ‘blackout’. Walaupun sudah dinafikan oleh Tenaga Nasional Berhad, namun ada segelintir pihak yang masih mahu mengiyakannya,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat sesetangah pihak yang melemparkan berbagai tuduhan kepada SPR, namun gagal menunjukkan bukti.

“Ada juga yang mendakwa wujudnya pengundi hantu dari negara-negara tertentu sehingga ada yang menyebabkan pergaduhan.

“(Ironinya) Selepas selesai PRU, tidak ada sebarang bukti ditampilkan mahupun berjaya dibawa ke mahkamah berkenaan dakwaan tersebut.

“Saya juga nak nasihat, kalau ada sebarang perkara yang tidak memuaskan hati, bawa sahaja ke mahkamah.

“Kalau asyik bertelagah sesama sendiri, ianya tidak akan selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Taklimat Parti Politik Bagi Persediaan Menghadapi Pilihanraya Umum di Pusat Konvensyen Amanjaya, Meru Raya, dekat sini, pada Isnin.

Ia melibatkan penyertaan 240 peserta terdiri daripada wakil-wakil dan kepimpinan daripada 12 parti-parti politk.

Dalam perkembangan sama, Mohd Hashim berkata, SPR sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan keadaan cuaca tidak menentu yang akan menjejaskan beberapa pusat-pusat mengundi.

“Kita bergantung kepada tahap banjir itu sendiri di mana kalau pengundi masih lagi boleh datang, membuang undi, dan kawasannya tidak terjejas, mahupun dijadikan pusat perpindahan mangsa banjir, ia akan diteruskan seperti biasa.

“Namun, sekiranya berlaku sebarang kemungkinan seperti dewan atau sekolah yang tenggelam (akibat banjir), pada masa itu kita akan membuat keputusan mengikut kesesuaian tempat-tempat tertentu,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");