Perak Hari Ini

KDNK Malaysia Meningkat 6.2%: Rata-Rata Golongan Belia Sambut Baik

IPOH: Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Malaysia berjaya mencatatkan pertumbuhan 6.2 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berdasarkan prestasi ekonomi negara bagi Suku Ketiga 2017, seperti yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan.

Ia turut melaporkan, dari segi pertumbuhan ekonomi itu, Malaysia merupakan antara negara yang terpantas di rantau Asia, menandingi Singapura, Indonesia, Korea Selatan dan Taiwan.

Hal ini, menunjukkan perkembangan ekonomi negara masa kini berada dalam keadaan stabli malah, lebih baik.

Siti Aisyah Rosli, 25, berkata laporan tersebut secara tidak langsung akan memberi gambaran sihat terhadap ekonomi Malaysia  kepada pemain-pemain industri dunia.

“Apabila mereka melihat Malaysia kini berada di landasan ekonomi, yang terbaik dengan sendirinya keyakinan mereka untuk membuat pelaburan di sini sangat tinggi.

“Sebagai contoh, melalui pembukaan gedung perabot IKEA di Tebrau.

“Kesan daripada keyakinan terhadap perkembangan ekonomi Malaysia, syarikat mereka berani untuk membuka sebuah lagi gedung di luar kawasan Lembah Klang dan ini secara tidak langsung, membuka ruang pekerjaan kepada warga tempatan, khususnya golongan belia,” katanya.

Siti Aisyah juga berpendapat, ianya juga bakal menarik ramai lagi pelancong asing ke Malaysia untuk berbelanja.

Sementara itu, pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi, Nur Sofea Abd Latip, 26, berkata, prestasi baik ekonomi negara juga jelas menunjukkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat makin baik.

“Kalau kita lihat laporan berita baru-baru ini, dimana model baru kereta Perodua Myvi yang dilancarkan minggu lalu, telah berjaya mengumpul tempahan sebanyak 5,000 unit.

“Ini juga secara tidak langsung kita dapat lihat rakyat masih mempercayai produk-produk tempatan yang dilihat makin berevolusi mengikut perderan zaman,” ujarnya.

Selain itu,  Muhammad Saiful Mohamad Johari, 28 berkata dengan perkembangan  positif terhadap ekonomi negara ini, ia juga boleh membuka lebih banyak lagi ruang-ruang ekonomi lain seperti ruang ekonomi digital yang kini menjadi salah satu tumpuan kerajaan.

“Seperti yang kita tahu, dalam menuju ke arah Transformasi 50 (TN50), pelbagai usaha sedang rancak dilakukan termasuklah membantu membangunkan industri ekomoni digital.

“Malaysia merupakan antara negara yang yang paling ramai penduduknya membeli-belah secara atas talian di rantau ini.

“Jadi, dengan pengumuman positif ini, diharap ekonomi baru ini terus diberi perhatian khusus dan rakyat pula harus merebut peluang yang luas untuk menjadi usahawan digital di negara ini,” katanya.

Pada masa, Muhammad Zulfiklie Arshad, 27, berkata, sebagai rakyat Malaysia yang mengaku cinta akan negaranya, seharusnya menyambut baik berita ini.

“Pengumuman itu sangat bagus dan ia juga telah berjaya menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa ekonomi negara sedang parah dan menuju ke arah negara bankrap,” ujarnya.

Turut senada dengannya, L.Khantan, 31, berkata, pertumbuhan KDNK yang baik ini juga cukup membuktikan kecekapan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam mengurus tadbir ekonomi negara, bersama-sama barisan kepimpinan negara yang lain.

“Mungkin ada yang mendakwa kononnya ramai pekerja kita dibuang kerja namun, saya berpendapat ianya tidaklah seteruk seperti sekitar tahun 1998.

“Kalau lihat laporan antarabangsa beberapa hari kebelakangan ini, nilai Ringgit Malaysia juga dilaporkan kukuh, walaupun ekomoni dunia pada masa kini sedang menghadapi pelbagai cabaran. Ini merupakan pencapian yang terbaik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");