Perak Hari Ini

Persidangan WCIT 2017 Dapat Sambutan Baik

IPOH:Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia (WCIT) 2017 mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para peserta dan para pembentang yang dijemput pada kali ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pembentang yang dijemput merupakan para pemikir bertaraf antarabangsa dimana ia melibatkan pemikir Islam dan juga bukan Islam.

Katanya tema berkaitan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia sama sekali tidak mendorong pihak penganjur Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) turut menjemput pembentang yang bukan beragama Islam supaya persoalan bagi mewujudkan keamanan sejagat tidak hanya terkhusus kepada kelompok Islam semata.

“Persoalan perlu dikemukakan dalam konteks menyeluruh melibatkan semua pihak jadi kita tidak mahu menjadi kelompok yang terlalu eksklusif apabila hanya berkisar kepada kita sahaja

“Kita mahu membuka persepktif soal keamanan dan gerakan anti keganasan menerusi perbicangan pakar-pakar dunia dalam dan luar negara bagi membincangkan isu tersebut,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas perasmian WCIT 2017 yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Katanya lagi, menerusi penganjuran ini juga, Perak sekaligus dikenali semua apabila mampu menjadi sebuah lokasi yang dibanggakan selaku penganjur program bertaraf antarabangsa.

Terdahulu persidangan WCIT kali ke-4 berlangsung di Hotel Casuarina@ Meru di Ipoh pada 20 dan 21 November ini dengan tema Ke­amanan Global dan disertai cendekiawan terkemuka dunia dengan memberi tumpuan kepada soal keamanan kemanusiaan melalui gabungan pemikiran Islam.

Turut berlangsung sebentar tadi pembentangan idea daripada Mantan Setiausaha Agong Asean, Tan Sri Dr. Surin Pitsuwan dan tokoh terkenal Shaykh Muhammad Yahaya Al-Ninowy.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");