Berita Hari Ini

Kementerian Tiada Hasrat Naikkan Had Laju Kebangsaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk menaikkan had laju kebangsaan yang telah diwartakan iaitu 80 kilometer sejam (km/j) di jalan negeri, 90 km/j di jalan persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya.

Kementerian Kerja Raya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata ia berikutan statistik kemalangan jalan raya yang masih tinggi dan implikasi kos untuk menaik taraf geometrik jalan raya yang terlibat.

“Penentuan had laju sesuatu jalan itu telah diwartakan dengan mengambil kira reka bentuk, kapasiti aliran trafik dan tahap risiko kemalangan.

“Walaupun terdapat lebuh raya di negara ini yang direka bentuk untuk kelajuan melebihi 110 km/j, namun kadar had laju yang diwartakan oleh kerajaan masih kekal pada tahap maksimum 110 km/j,” kata kementerian itu bagi menjawab pertanyaan Dr Ismail Daut (BN-Merbok), menurut laporan Bernama.

Ismail ingin mengetahui status perbincangan kementerian dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berkaitan cadangan untuk menaikkan had laju lebuh raya di negara ini kepada 130 km/j.

Kementerian itu menjelaskan bahawa tiada perbincangan diadakan dengan JKJR berhubung perkara itu memandangkan penetapan had laju kenderaan di jalan raya dan lebuh raya di negara ini untuk menjaga keselamatan pengguna.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");