Berita Hari Ini

KLIA Sesak Sejak Jumaat

KUALA LUMPUR – Kaunter imigresen di balai berlepas antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kesesakan sejak jam 8 pagi tadi.

Difahamkan keadaan itu berlaku akibat daripada masalah sistem yang dihadapi hingga menyebabkan banyak kelewatan penerbangan.

Lebih memeritkan keadaan seumpama itu dipercayai berlaku sejak Jumaat lalu, ditambah pula dengan penambahan penumpang sepanjang cuti sekolah yang bermula sejak Sabtu lalu.

Sinar Online sedang berusaha mendapatkan Jabatan Imigresen berhubung insiden ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");