Perak Hari Ini

Permukaan Jalan Gerbang Malam Tidak Rata, Demi Keselamatan Pengunjung

IPOH: Struktur baharu permukaan jalan di Gerbang Malam yang kasar berfungsi sebagai  mahu memperlahankan pergerakan kenderaan-kenderaan awam kawasan berkenaan.

Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat,Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim berkata ianya juga secara langsung dapat memastikan keselamatan pejalan kaki di pusat tarikan pelancong itu.

“Struktur jalan di Gerbang Malam dibina menggunakan bahan ‘Cobble Paver’, dengan penyambungan menggunakan bahan simen mortar.

“Reka bentuk ini juga  dipilih untuk keadaan jalan yang bersesuaian dengan suasana bangunan rumah kedai lama di situ, yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Isnin.

Selain itu, katanya, permukaan jalan akan melalui fasa matang apabila berlaku kekerapan jumlah kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");