Berita Hari Ini

Lebih 62,000 Etnik Rohingya Berada Di Negara Ini

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa jumlah etnik Rohingya yang didaftarkan di negara ini kini mencecah lebih 62,000 orang.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, jumlah itu meningkat sebanyak 5,812 dengan kemasukan terbaharu daripada Februari sehingga September lalu.

“Jumlah keseluruhan etnik rohingya di Malaysia yang diperolehi daripada UNHCR sehingga September 2017 ialah sebanyak 62,513,” katanya menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali di Dewan Rakyat, hari ini, menerusi laporan  MalaysiaGazette.

Atas dasar itu, kerajaan telah menjalankan pemantauan berterusan terhadap kemasukan etnik Rohingya di negara ini.

Malah sehingga kini tiada kes yang melibatkan unsur keganasan oleh etnik Rohingya di negara ini.

“Dari segi ancaman keselamatan negara, tiada data khusus rekod jenayah yang dilakukan oleh etnik Rohingya memandangkan polis hanya merekodkan kes jenayah mengikut negara asal dan bukannya mengikut etnik.

“Bagi 2017, sebanyak 82 kes jenayah dilakukan oleh warga asing secara umumnya. Daripada jumlah ini sebanyak 78 kes dilakukan oleh warga Myanmar,” jawab Shahidan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");