Sukan Hari Ini

Liga Divisyen 4 Bakal Diperkenal

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memperkenalkan Liga Divisyen 4.

Pengerusi Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLPP), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu liga tersebut masih dalam perancangan FAM.

“Ia melibatkan melibatkan 26 pasukan atau lebih bagi tujuan untuk lebih memastikan kelompok pemain bolasepak di Malaysia dibesarkan disamping memberi lebih peluang kepada pemain-pemain muda.

“Pasukan- pasukan dari liga komuniti atau pemilik kecil dengan salah satu syarat penyertaan mungkin setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya 4 pemain di bawah usia 19 tahun,” umumnya dalam satu kenyataan FMLPP pada Khamis lapor MSTAR Online.

Sementara itu, saingan Piala FA musim hadapan pula akan menjadi platform aspirasi dan inspirasi bagi pasukan amatur, sosial dan remaja.

“Penambahan pasukan turut akan dibuat dengan penyertaan di pusingan awal dapat memberi peluang kepada mereka untuk bertemu pasukan gergasi dari Liga Super jika berjaya melayakkan diri ke undian utama.

“Mekanisme pembabitan serta syarat-syarat sedang dikaji dan diperhalusi oleh FMLLP.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");