Sukan Hari Ini

Mencari Jalan Untuk Tambah Baik Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil sepenuh tanggungjawab atas kekalahan memalukan 1-4 Malaysia kepada Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand semalam.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu, satu mesyuarat bersama Pengarah Teknikal, Peter De Roo akan diadakan sebaik sahaja skuad kendalian Nelo Vingada pulang dari Thailand bagi mencari jalan untuk menambah baik Harimau Malaya.

Kekalahan di Stadium I-Mobile, Buriram itu bukan sahaja menyempitkan peluang Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), malah menimbulkan kemarahan penyokong kerana Harimau Malaya gagal mencatat sebarang kemenangan selepas tamat empat perlawanan Kumpulan B.

Semalam, sekumpulan penyokong Malaysia yang berang menunggu di luar stadium sebelum menjerit dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi hambar yang ditunjukkan pasukan ketika pemain menaiki bas untuk pulang ke hotel penginapan.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan pasukan kebangsaan hari ini dan kekalahan yang akan datang sebagai Presiden FAM.

“Saya akan mengadakan satu mesyuarat apabila pasukan kembali daripada Thailand bersama Pengarah Teknikal kami dan akan membuat keputusan yang memberikan manfaat bagi penambahbaikan pasukan kebangsaan dalam segala aspek,” kata Tunku Ismail yang dipetik dalam laman Facebook rasmi FAM, menurut laporan Utusan Online.

Tunku Ismail yang merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) juga berkata, beliau akan terus memegang kerusi No. 1 FAM itu selagi khidmatnya masih diperlukan.

“Bagaimanapun, saya berkhidmat kepada rakyat dan apa sahaja keinginan rakyat akan saya cuba laksanakan. Jika perkhidmatan saya masih diperlukan untuk meningkatkan mutu bola sepak tanah air, saya akan memegang amanah yang telah diberikan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");