Isu Panas

MIC Perak Perlu Jauhi Unsur Sabotaj

BUNTONG – MIC Perak perlu menjauhi unsur sabotaj pada PRU kali ini sekiranya mahu wakil parti itu berada dalam pentadbiran Kerajaan Perak.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, perubahan perlu dilakukan agar pilihan raya dapat dilangsungkan dalam suasana kerjasama untuk memenangkan parti, bukan agenda peribadi.

Menurutnya, mengambil iktibar pada pilihan raya lalu, kekalahan calon MIC di kerusi Dun dan Parlimen adalah atas kesalahan sendiri yang suka ‘menggangu’ antara satu sama lain.

“Sekarang masih boleh lobi, bukan satu kesalahan, tetapi apabila keputusan (calon) sudah dibuat, kita perlulah bersatu hati.

“Jangan sabotaj, kalau tidak kita sendiri yang menjadi mangsa seperti sekarang.

“Kita tiada wakil di Dun, tiada siapa dilantik menjadi Exco, tiada siapa mahu sampaikan keperluan komuniti India di Perak, jadi yang menjadi mangsa adalah diri sendiri,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Deepavali anjuran MIC Perak di Dewan Serbaguna RPT Sri Desa Rishah, Buntong 5, semalam lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, PRU14 ini menjadi tanggungjawab setiap komuniti India memastikan akan ada wakil parti itu dalam kerajaan negeri.

“Janganlah seperti sekarang, kerajaan Perak dibawah BN, malangnya tiada wakil MIC, pasti timbul kelemahan sekiranya tiada wakil, sampai bila nak mengharapkan wakil parti lain dan menteri besar untuk bawa suara masyarakat kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");