Berita Hari Ini

Mugabe Dipecat

HARARE: Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, dilaporkan disingkirkan parti pemerintah ZANU-PF yang setia kepadanya selama 37 tahun.

Sejurus itu, parti berkenaan menggantikan pemimpin berusia 93 tahun dengan Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa yang sebelum ini disingkirkan sebagai strategi Mugabe meletakkan isterinya, Lady Grace menjadi pemimpin baharu negara.

Menurut laporan BH Online, daripada AFP, perkembangan terkini juga mendesak Mugabe meletak jawatan, esok atau pun dia bakal didakwa.

Cengkaman kuasa Mugabe longgar minggu lalu apabila tentera merampas kuasa selepas marah dengan kemunculan isterinya, Grace sebagai calon utama untuk menggantikan presiden berusia 93 tahun itu.

Kelmarin, berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan membanjiri jalanan di Zimbabwe untuk meraikan berakhirnya pemerintahan yang panjang dan undang-undang rejim.

Di luar mesyuarat ZANU-PF di Harare, seorang perwakilan memberitahu AFP bahawa Mugabe dipecat sebagai ketua parti dan diganti Mnangagwa yang sebelum ini pesaing utama Grace.

“Satu resolusi yang diterima pakai untuk memecat presiden dan mengangkat Mnangagwa sebagai presiden parti,” kata seorang perwakilan yang enggan dikenali.

Mugabe, ketua negara paling lama masih kekal sebagai presiden buat masa ini tetapi berdepan tentangan jeneral, sebahagian besar orang awam dan dari partinya sendiri.

“Isteri dan rakan rapat beliau (Mugabe) mengambil kesempatan atas kelemahannya untuk merampas kuasa dan mengeksploitasi sumber-sumber negara,” kata pegawai parti Obert Mpofu yang memberitahu dalam mesyuarat ZANU-PF.

Amerika Syarikat, pengkritik kuat Mugabe mahu melihat era baharu lahir di negara berkenaan manakala Presiden Botswana, Ian Khama berkata, pemimpin Zimbabwe itu tiada sokongan diplomatik di rantau ini dan harus meletakkan jawatan serta merta.

Sejak semalam, kumpulan penentang keluar mendesak beliau berundur daripada pejabatnya.

“Dia cuba mencari jalan untuk berundur secara bermaruah.” kata Mutsvangwa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");