Berita Hari Ini

Pastikan Pembangunan Tak Jejas Alam Sekitar

TASEK GELUGOR: Kerajaan DAP Pulau Pinang diingatkan supaya memastikan setiap projek pembangunan di negeri ini menepati syarat ditetapkan, demi mengelak sebarang risiko kesan buruk kepada alam sekitar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata segala ketetapan dan syarat dalam menentukan kelulusan pembangunan patut diberikan perhatian utama, malah aspek penguatkuasaan juga perlu diberikan perhatian.

“Soal penguatkuasaan perlu diberi perhatian, di samping itu semua projek pembangunan perlu patuhi keperluan dan apa-apa syarat sekali pun yang dikenakan.

“Ini adalah untuk mengelak pembangunan tak bawa akibat khususnya dalam menjejaskan keadaan alam sekitar dan boleh jadikan kedaan lebih buruk pada masa akan datang.

“Pemaju perlu patuhi peraturan dan tidak pentingkan keuntungan sahaja. Apa-apa projek pembangunan mesti ada penilaian kesan kepada alam sekitar,” katanya, menurut laporan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Rakyat Ar-Ridwan di sini, yang menempatkan kira-kira 200 mangsa.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Ditanya mengenai desakan badan bukan kerajaan (NGO) supaya pembangunan di lereng bukti di negeri ini dihentikan, Perdana Menteri berkata beliau pasti semua perkara perlu diambil kira dalam setiap projek pembangunan termasuk perumahan, sebagai persediaan mengelak bencana berlaku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");