Isu Panas

Anwar Jalani Pembedahan Di Bahu Kanan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjalani pembedahan di bahu kanannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad ini.

Keluarga bekas Ketua Pembangkang itu berkata beliau mengalami kesakitan berterusan di bahu kanannya dan ia menjadi semakin teruk selepas kemalangan pada 22 September lalu.

Menurut mStar Online, Anwar akan dimasukkan ke hospital pada Rabu ini.

“Kesan kemalangan itu memburukkan lagi kecederaannya. Tahap kesakitan itu menjadi semakin sukar ditanggung,” kata anak perempuannya, Nurul Nuha pada sidang media di kediaman keluarga tersebut di Segambut, Selasa.

Nurul Nuha membacakan satu kenyataan bersama dengan adik-beradiknya, Nurul Iman dan Nurul Ilham.

Kemalangan itu berlaku apabila Anwar dibawa dari HKL ke Penjara Sungai Buloh.

Kenderaan yang membawa Anwar cuba mengelak kereta dari arah bertentangan, menyebabkan kenderaan pengiring telah melanggar kereta di hadapan.

Nurul Nuha berkata Anwar sukar menggerakkan bahunya dan beliau juga tidak boleh menyikat rambut termasuk menulis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");