Berita Hari Ini

Pencemaran Udara Penyebab Pasangan Tak Subur

PARIS: Lelaki yang terdedah kepada partikel halus dalam pencemaran udara berisiko memiliki sperma lebih kecil dan berbentuk tidak normal, menurut kajian hari ini.

Ia juga memberi amaran keadaan itu berkemungkinan menyebabkan ramai pasangan tidak subur.

Menurut laporan BH Online, analisis ke atas data sejak 2001 hingga 2014 ke atas lebih 6,400 lelaki dan remaja lelaki Taiwan, berusia 15 hingga 49 tahun, mendapati ‘ada kaitan kuat’ antara penurunan dalam sperma ‘normal’ dan pendedahan kepada pencemaran PM2.5.

PM 2.5 adalah terma bagi pencemaran udara mengandung partikel paling halus, berukuran 2.5 mikron atau kurang dalam diameter.

Kaitan itu meneliti pendedahan jangka pendek selama tiga bulan, selain pendedahan jangka panjang selama dua tahun, menurut keputusan kajian yang disiarkan dalam jurnal Occupational & Environmental Medicine, walaupun ada pakar luar mempersoalkan rumusan itu.

Pasukan penyelidik berkata, setiap peningkatan lima mikrogram meter padu udara (5ug/m3) dalam pendedahan kepada PM2.5 selama dua tahun, dikaitkan dengan ‘pengurangan ketara’ kira-kira 1.29 peratus dalam bentuk dan saiz sperma normal.

Pendedahan kepada pencemaran dikira pada setiap alamat rumah peserta menggunakan data satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");