Jenayah

Pencuci Kereta, Anggota Polis Dicekup AADK

MELAKA: Seorang pekerja cuci kereta cemas apabila dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana mendakwa isterinya sedang menunggu hari untuk melahirkan anak kedua ketika serbuan di bekas tapak pelupusan sampah Krubong, di sini, pagi tadi.

Lelaki berusia 36 tahun itu mendakwa datang dari Kuala Lumpur untuk menziarahi ibunya di Melaka menerima pelawaan seorang rakan yang juga penagih dadah untuk ke lokasi panas berkenaan.

Dalam tangkapan jam 7.30 pagi itu, lima penagih dadah berusia antara 33 hingga 47 tahun ditahan termasuk seorang anggota polis dari sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Pantai Timur berusia 33 tahun yang turut diserang semput ketika diberkas.

Ketua Pegawai AADK Daerah Melaka Tengah, Lailiana Maon, berkata tangkapan ini merangkumi operasi pembersihan lokasi panas penagih dadah menerusi program My Beautiful Malaysia anjuran AADK kali ke-8 pada tahun ini.

Lailiana berkata, dalam program itu, sepasukan anggota AADK bersama polis masuk ke sarang penagihan itu kira-kira jam 6.30 pagi dan mendapati golongan penagih dadah masih aktif melepaskan gian di lokasi panas berkenaan.

“Anggota polis berusia 33 tahun yang ditahan akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala empat lagi dibawa ke AADK mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya, menerusi laporan BH Online.

Beliau berkata, AADK turut menemui dua paket kecil dadah dipercayai heroin dan syabu daripada seorang penagih dadah yang tidak sempat melepaskan gian.

“Mereka sentiasa akan mencari dan beroperasi di kawasan baharu setiap kali tempat lama dimusnahkan dan rekod mendapati kebanyakan penagih datang dari luar kawasan ini untuk mendapatkan bekalan dadah,” kata Lailiana.

Operasi yang berakhir jam 1 tengah hari itu turut mendapat bekerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Melaka Tengah; Jabatan Kesihatan; Southern Waste Management Environment (SWM); Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Pusat rawatan Cure and Care (C&C) Tampin dan Tiang Dua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");