Berita Hari Ini

Disemadikan Semula Selepas 72 Tahun

BESUT: Jenazah enam pemimpin kecil dari daerah ini yang menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun pada zaman penjajahan disemadikan semula di tanah perkuburan Alor Belanga, dekat sini hari ini.
Menurut laporan Utusan Online, jenazah yang hanya tinggal beberapa serpihan tulang yang ditemukan ketika kerja menggali di Semut Api Kota Bharu pagi tadi, di bawa pulang ke Majid Kampung Alor Keladi menggunakan kenderaan jenazah Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kuala Besut.
Jenazah  tiba kira-kira pukul 1 tengah hari dan dimandi, dikafan serta disolatkan selepas solat zuhur di masjid tersebut sebelum dibawa untuk dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Kampung Alor Belanga yang terletak berhampiran.
Pengerusi program pengebumian semula itu, Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah berkata, hari ini tercapailah sudah hasrat sekian lama ahli keluarga untuk melihat tanah kubur orang yang mereka sayangi berada lebih dekat dengan mereka.
Katanya, kerja-kerja menggali kubur Penggawa Wan Embong Wan Zainal bersama lima rakannya, Yatim Ahmad (Imam  Masjid Kampung Teluk) dan empat ketua kampung iaitu Abdul Karim Abdul Samat (Lepan Kejor), Husain Abdullah (Dengir), Othman Mamat (Bekok), dan Ismail Ahmad (Kampung Teluk) dilakukan di kawasan Kem Kjiang kira-kira pukul 8.30 pagi.
Enam rakan itu ditahan dan dibunuh tentera Jepun 72 tahun lalu setelah disyaki menjadi tali barut di samping cuba menghalang  penduduk daripada di bawa untuk menjadi buruh kereta api maut di Burma (kini Myanmar).
Salah seorang cucu Wan Embong, Wan Hussin Wan Ibrahim, 66, berkata, dia ada mendengar cerita ayahnya yang memberitahu bahawa datuknya ditangkap di Kampung Lubuk Kawah dan dibawa ke Jerteh sebelum dibawa ke Kota Bharu.
“Di kawasan Kampung Semut Api Kota Bharu itu mereka telah diikat dan ditutup mata sebelum ditembak serta dihumban ke dalam lubang yang digali.
“Wan Embong dikatakan tidak terjejas oleh peluru dan tentera Jepun yang berang mengambusnya hidup-hidup,” ujarnya.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");