Membawang Hari Ini

Pereka Baju Taylor Swift Taja Baju Aishah

PEREKA fesyen terkenal tanah air, Amir Kadir akhirnya terpilih untuk menaja busana yang bakal diperagakan oleh Aishah untuk konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) esok.

Amir yang pernah bermastautin di Dubai dan Kuwait selama 16 tahun sebelum ini pernah menghasilkan busana untuk artis Hollywood seperti Taylor Swift, Paris Hilton dan Jessie J.

Bagaimanapun, menurut Astro Gempak, Aishah masih membuka peluang kepada pereka fesyen lain untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing.

Penyanyi Janji Manismu itu mendapat kritikan teruk pada konsert kedua GV4 minggu lalu apabila menyarung busana merah yang disifatkan telah mencalar imejnya sebagai bintang legenda.

Sehubungan itu, ramai pereka fesyen tempatan yang menawarkan diri untuk menaja busana kepada Aishah sepanjang rancangan GV4.

Pada konsert kedua minggu lalu, Aishah yang mendendangkan lagu Dingin (Ziana Zain) terpaksa berpuas hati apabila menduduki tangga kelima daripada 12 peserta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");