Berita Hari Ini

Tun Arifin Terima Ijazah Doktor Kehormat UIAM

GOMBAK: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Undang-Undang pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-33 di sini, hari ini, lapor BH Online.

Ijazah kehormat itu disampaikan Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim yang juga Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia sempena pembukaan sidang pertama majlis konvokesyen kali ini.

Yang turut hadir, Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin.

Penyampaian anugerah itu tanda penghargaan pihak universiti kepada Arifin kerana banyak menyumbang jasa dan penambahbaikan dalam sistem perundangan negara.

Beliau yang kini Profesor Adjung di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIAM, banyak berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang perundangan melalui syarahan, kertas kerja dan ucapan di dalam serta luar negara.

Seramai 5,165 graduan diraikan sempena Majlis Konvokesyen UIAM ke-33 yang dijadual berlangsung sehingga 13 November ini.

Selain ijazah kehormat PhD, anugerah kecemerlangan turut disampaikan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Antaranya, Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Presiden, Anugerah Khas Ibnu Ummi Maktum khusus untuk graduan kelainan upaya dan Anugerah Ibn Al-Mas’ud Al-Hafiz bagi mereka yang mengekalkan prestasi cemerlang dalam hafazan al-Quran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");