Berita Hari Ini

PM Israel Puji Kerjasama Dengan Negara Arab

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam memuji kerjasama erat Israel dengan negara Arab, ketika kebimbangan mengenai pengaruh Iran mendorong negara yang bermusuh satu ketika dulu kini semakin rapat.

“Kerjasama dengan negara Arab adalah rahsia umum tetapi saya yakin hubungan dengan mereka akan berterusan matang dan membolehkan kita meluaskan lingkaran keamanan,” katanya dalam ucapan sempena mengingati ulang tahun kematian pengasas Israel, David Ben Gurion, lapor BH Online, melalui AFP.

Netanyahu menegaskan keamanan antara Israel dan negara Arab akan terjadi akhirnya, ‘kerana ada banyak perkara sedang berlaku sepanjang masa di bawah permukaan.’

Pegawai Israel berulang kali berkata, berkongsi kebimbangan dengan negara Arab Sunnah berhubung kebangkitan Iran Syiah boleh menyusun semula diplomatik di seluruh Asia Barat, yang menyaksikan cuma Mesir dan Jordan yang membuat perjanjian damai dengan wilayah Yahudi itu.

Minggu lalu, Ketua Turus Staf, Gadi Eisenkot, mengisytiharkan temubual dengan media Arab bahawa Israel sedia bekerjasama dengan Arab Saudi untuk berhadapan rancangan Iran ‘menguasai Asia Barat’.

Kenyataan itu menyemarakkan spekulasi kedua-dua sekutu kuat Amerika Syarikat itu, yang tidak mempunyai hubungan diplomatik, akan mencetuskan kesepakatan untuk berhadapan Tehran dan Hizbullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");