Perak Hari Ini

Sampah Tersangkut Pada Jambatan-Jambatan Rendah, Salah Satu Punca Banjir Hulu Perak

LENGGONG: Fenomena banjir yang berlaku di beberapa kawasan Hulu Perak ini bukanlah daripada Sungai Perak sebaliknya, ianya berpunca daripada limpahan anak-anak sungai yang membentuk sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia itu.

ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad berkata masalah banjir pada kali ini boleh dikatakan agak teruk kerana dalam tempoh seminggu, paras air naik dan surut berlaku berulang kali.

“Masalah ini kita harus selesaikan secepat mungkin kerana cuaca pada masa kini sukar diramal dan dengan kesan-kesan tanah tinggi yang diatarah sama ada kerana projek penamanan semula getah mahupun pembangunan tanah, turut memburukkan lagi keadaan.

“Dan mangsanya adalah (salah satunya) Masjid Kampung Sumpitan ini di mana ia seringkali dilanda banjir, tiap kali tiba musim tengkujuh,” katanya.

 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, turut senada dengan Menteri Besar Perak di mana sampah-sarap yang tersangkut pada jambatan-jambatan yang dibina rendah ini turut menjadi punca utama kepada limpahan air sungai ke jalan-jalan raya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang ditemui berkata, secara keseluruhanya, terdapat tidak kurang dari 10 buah kampung dalam kawasan Kota Tampan dan Kenering yang terkesan daripada bencana banjir ini.

“Saya meminta semua jabatan untuk meneliti semula secara menyeluruh terhadap perancangan (menghadapi bencana banjir) yang telah dibuat sebleum ini, dan mungkin ada di antaranya kini tidak boleh diguna pakai kerana faktor perubahan iklim dan cuaca semasa.

“Saya juga berharap agar semua agensi dapat berganding bahu dan menyelesaikannya pengikut pelan yang satu dan bukanya secara berasingan,” katanya.

Selain itu, ADUN Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris berkata, bangunan Sekolah Kebangsaan Kenering (SK Kenering) juga harus dipindahkan suatu tempat yang baharu kerana kawasan sekolah tersebut sememenangnya mudah dinaiki air.

“Tiada pilihan lain, kecuali ia (terpaksa) dipindahkan ke kawasan baharu dan kita harap kerajaan persekutuan melalui kementerian pendidikan dapat memberi kerjasama serta mengambil kira untuk memasukkan penyelesaian isu ini ke dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK 11),” katanya.

Ujarnya lagi, sekolah tersebut mempunyai lebih 400 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik termasuk pelajar Orang Asli.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan kerja Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, bagi meninjau kesan-kesan banjir di Daerah Hulu Perak, di Kampung Sumpitan, dekat sini, pada Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");