Jenayah

Seludup Pati Guna Bas

KOTA BHARU: Kegiatan licik sindiket penyeludupan menggunakan bas ekspres sebagai kenderaan untuk menyeludup Pendatang Tanpa Izin (Pati) dari sempadan Thailand ke Kampung Manal, di Tanah Merah akhirnya tumpas selepas mereka berjaya dikesan Jabatan Imigresen Kelantan di sini semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa kira-kira jam 11.30 pagi, hasil maklumat awam dan hasil intipan yang dilakukan mendapati terdapat sebuah kenderaan yang mencurigakan dan setelah diekori, kereta itu berhenti di belakang sebuah bas ekspres.

Hasil pemerhatian mendapati, terdapat penumpang dalam kereta disyaki Pati dan mereka menaiki bas tersebut.

Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, ekoran itu pihaknya telah melakukan serbuan dan pemandu kereta terbabit meloloskan diri dengan melompat masuk ke sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang juga berada di kawasan itu dan terus memecut laju.

Ekoran keadaan itu, pegawai imigresen terus ke pergi ke arah bas terbabit dan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam bas mendapati, terdapat dua perempuan dan 12 lelaki warga asing.

“Kita arahkan bas dan kereta terbabit dibawa ke depoh tahanan Imigresen Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut.

“Kesemua Pati berkenaan merupakan warga negara Myanmar berusia antara 19 hingga 37tahun,” katanya.

Wan Mohammed Saupee berkata, pihaknya turut menjalankan tangkapan terhadap kedua-dua pemandu bas dan turut merampas kereta jenis Proton Waja dan mereka turut ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akti Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan akan diserahkan kepada Imigresen negeri untuk tindakan lanjut.

“Kita turut memberi amaran keras kepada pengusaha dan pemandu bas ekspres bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas jika disabit kesalahan penyeludupan Pati atau pemerdagangan orang.

“Ini selari dengan arahan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang menyatakan mereka serius dan tidak akan berkompromi dalam kes seumpama ini dan bertindak tegas kepada yang terlibat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");