Perak Hari Ini

Simpang Tiga ‘Tagih Nyawa’, Penduduk Mahu Lampu Isyarat

TANJUNG TUALANG:Agensi yang bertanggungjawab digesa memasang lampu isyarat di simpang tiga berhampiran Kampung Sikh menghala Kampung pekan Tanjung Tualang di sini yang dikatakan kerap berlaku kemalangan, hampir setiap minggu.

Pengerusi Pertubuhan Pengguna Prihatin Perak, Shaferi Khairuddin berkata pihak persatuan meminta tindakan diambil segera kerana ia melibatkan isu keselamatan pengguna jalan raya.

“Kami mahu hak pengguna diutamakan kerana telah banyak kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di situ,” katanya.

Sementara itu menurut Ketua Biro Kesihatan & Alam Sekitar persatuan tersebut, Jasbir Singh berkata laluan tersebut yang menjadi laluan hariannya ke tempat kerja menjadi sibuk terutama pada waktu pagi.

“Laluan simpang tiga ini juga sering menjadi laluan lori besar dan hampir setiap minggu pasti dilaporkan kejadian kemalangan di kawasan tersebut malah pada dua minggu yang lalu terdapat satu kemalangan di antara kereta dan motorsikal,” katanya kepada PerakToday hari ini.

Jelasnya lagi, situasi tersebut sudah berlarutan sekian lama dan perkara tersebut telah diajukan kepada pihak berkenaan namun tiada sebarang tindakan diambil.

“Pihak berwajib memaklumkan kami hanya kaji selidik, dan mendapati tiada keperluan untuk penyediaan lampu isyarat kerana tidak begitu ramai pengguna melalui jalan ini namun yang dikhuatiri oleh pihak persatuan saban minggu ada sahaja kemalangan berlaku kenapa tidak mencegah dari awal berapa banyak mangsa lagi,” katanya.

Katanya,dengan adanya lampu isyarat semua kenderaan akan lebih berhati-hati dan menggunakan jalan masing-masing secara sistematik dan berhemah.

Sementara itu Jasbir turut meminta agar pihak berkenaan turut memberi perhatian berkaitan isu masalah lampu jalan di Malim Nawar ke Tanjung Tualang yang dikatakannya hanya disediakan sebahagian jalan tersebut.

“Keadaan jalan amat gelap dan berbahaya kepada pengguna jalan raya dan penduduk sekitar jadi sebagai penduduk yang menggunakan jalan ini berharap pemasangan lampu jalan dapat disediakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");