Laporan Eksklusif

Tak Mahu Ada Yang Cuba Ambil Kesempatan Terhadap Bantuan Banjir

SEBERANG PERAI: Pengerusi Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata keputusan dalam menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah untuk melancarkan perjalanan Misi Bantuan Banjir Pulau Pinang.

Menurut beliau, susulan pihak KP1M membawa bantuan pada kadar yang banyak maka kerjasama dengan PDRM disifatkan sebagai suatu langkah berhati-hati selain bagi melancarkan perjalanan pemberian bantuan tersebut.

 

Katanya, walaupun kelihatan ramai yang memerlukan bantuan namun, beberapa langkah saringan yang teliti perlu diambil bagi menghulurkan bantuan kepada yang benar-benar layak.

“Apabila mereka (mangsa) melihat kedatangan KP1M, mereka memberi sambutan yang positif malah mereka menyebut ‘inilah gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan’.

“Ramai antara mereka datang berjumpa kami, tanpa mengira bangsa, memohon bantuan.

 

“Kita memang beri (bantuan) namun, dalam masa sama, kita tidak mahu ada yang cuba mengambil ksesempatan.

“Disebabkan itu, misi kali ini, kita bergerak di bawah naungan PDRM.

 

“Kita menghulurkan bantuan, berdasarkan kepada laporan yang diambil mereka tanpa mengira warna politik.

“Mereka akan memberitahu kepada kita siapa mangsa banjir yang berada pada tahap kritikal, serdahana dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya lagi, walaupun tidak dapat memberi kepuasan sepenuhnya kepada semua mangsa banjir namun sekurang-kurangnya, kehadiran KP1M ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung akibat bencana alam tersebut.

 

“Kami berasa sedih terhadap apa yang berlaku dan pada masa sama kita bersyukur keadaan di negara kita tidak seperti di luar negara.

“Sedikit pengalaman yang kita ada, khususnya semasa mengadakan program-program sukarelawan di luar negara, kebiasaanya kita akan mengutip mayat dan alhamdulillah, ianya tidak berlaku di sini,” ujarnya.

 

Abdul Azeez juga berkata, misi bantuan ini tidak akan terhenti di sini malah, KP1M mungkin akan melancarkan misi untuk fasa seterusnya yang memfokuskan kepada kesan-kesan pasca banjir secara mendalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan banjir Sekolah Kebangsaan Pokok Sena, dekat sini, pada Khamis.

Di sini, seramai 38 keluarga menerima 48 set tilam, 96 set bantal dan 48 set selimut daripada KP1M.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");