Jenayah

Tiga Polis Penyangak Ditangkap

KUANTAN: Tiga konstabel polis diberkas berse­lang tiga jam selepas mereka menyamun dan menembak seorang peniaga kedai runcit di sebuah rumah di Jaya Gading di sini pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 5.55 pagi itu, polis yang tiba di tempat kejadian menemui dompet milik salah seorang konstabel ber­kenaan yang tercicir membawa kepada penangkapan mereka.
Menurut laporan Kosmo!, senjata api jenis revolver yang digunakan itu bukan milik polis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mereka yang berusia lingkungan 20-an diberkas di lokasi berasingan sekitar daerah ini antara pukul 8 hingga 9 pagi.
Menurut beliau, mereka dipercayai cuba menyamun berdasarkan kesan umpil yang ditemui pada jeriji besi pintu depan rumah mangsa.
“Difahamkan berlaku pergelutan antara mangsa dengan kumpulan lelaki terbabit di dalam rumah sebelum salah seorang daripada mereka mengeluarkan pistol dan menembak leher mang­sa.
“Mereka kemudian meninggalkan tempat kejadian menaiki kereta jenis Perodua Axia bersama 12 karton rokok yang dicuri bernilai RM600,” katanya di sini semalam.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");