Perak Hari Ini

22 Tahun Berjalan Jual Alat Tulis

IPOH:”Ada yang pernah marah saya, tapi tak apa saya suka kerja begini,” kata seorang peniaga jalanan yang selesa dipanggil Ah Seng.

Mungkin anda pernah melihat kelibatnya bergerak dari meja ke meja menjual pelbagai barangan antaranya seperti alat tulis, cermin mata dan tali pinggang di sekitar Bandaraya Ipoh ini.

Penulis memerhati kelibatnya dari jauh, sepanjang gerai makan itu habis semua pelanggan disapanya mesra sambil mempromosikan barangan yang dijualnya.

Namun penolakan pelanggan yang enggan membeli barangannya itu sama sekali tidak menghampakanya dan dia terus bergerak ke meja-meja seterusnya.

Begitulah rutin Ah Seng 59 tahun, yang menjalankan perniagaan sejak 22 tahun lalu setelah kedai alat tulis tempatnya bekerja dahulu telah tutup.

Dia yang menganggur pada usia 30 tahun ketika itu telah mengambil keputusan menjual barangan seperti alat tulis secara langsung kepada pelanggan yang ditemui di pelbagai lokasi terutamanya di medan selera dan gerai makanan sekitar Ipoh.

“Sejak kedai yang menjual alat tulis tempat saya bekerja telah tutup saya memilih untuk terus menjual barangan ini sendiri dan ia adalah sumber mata pencarian saya sehingga ke hari ini,” katanya kepada Peraktoday.

Ada Pelanggan Tetap

Jelas Ah Seng, sehingga kini dia menjual sekitar lapan hingga sepuluh barangan yang dibawa didalam satu beg dan dibawa ke sekitar Bandaraya Ipoh.

Malah dia mengakui memiliki pelanggan tetap terhadap setiap barangan yang dijualnya dan pelanggan setia itu akan menghubungi sendiri bagi mendapatkan barangan tersebut.

“Mereka pelanggan tetap saya, pasti akan ada yang menghubungi saya untuk saya menyimpan barangan tersebut,” katanya.

Katanya lagi, aktiviti berjalan yang dilakukannya setiap hari merupakan satu senaman sihat dan sehingga ini katanya dia tidak menghidapi sebarang penyakit yang berbahaya.

“Saya pernah dimarahi pelanggan namun situasi itu tidak sedikit meruntuhkan semangat saya,” katanya.

Cuti Tiga Hari Sahaja Dalam Setahun

Biar berpanas dan berhujan Ah Seng tiada perkataan letih atau berputus asa dalam dirinya malah dia mengakui tidak pernah bercuti dan berkerja selama lapan jam setiap hari, bermula pada jam 8 pagi.

“Saya tidak pernah cuti setiap hari berkerja cuti hanya tiga hari pada waktu Tahun Baru Cina sahaja,” katanya sambil ketawa.

Ketika ditanya sama ada Ah Seng pernah terpikir untuk berhenti dari alam pekerjaan ‘jualan langsungnya’ itu, dengan spontan dia menjawab ‘tak mahu’ dan akan tetap meneruskan perkejaannya itu sehingga berusia 70 tahun.

“Ramai kawan-kawan saya yang masih bekerja walaupun usia sudah 70 tahun dan saya akan terus bekerja dengan cara sebegini,” katanya yang memiliki empat orang anak.

Katanya, anak sulungnya yang berusia 23 tahun sedang menyambung pengajiannya di Jepun selama lima tahun.

Diakhir perbualan, Ah Seng berkata setiap manusia diberi hak untuk meneruskan kehidupan dan kita sendiri berhak memilih corak kehidupan kita sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");