Perak Hari Ini

3 Pemandu Lori Positif Dadah

IPOH: Polis Perak dengan kerjasama Jawatankuasa Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak hari ini telah mengadakan satu operasi yang melibatkan kenderaan-kenderaan berat di bandaraya ini dan sekitarnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Perak, DSP Kamarulzaman Jusoh berkata ia diadakan susulan laporan berkenaan kekerapan berlakunya kemalangan jalan raya yang melibatkan lori dan treler, sejak kebelakangan ini.

Katanya, sehingga sekitar jam 6 petang, sebanyak 30 saman dikeluarkan yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan antaranya tiada lesen memandu, keadaan tayar yang botak, muatan berlebihan, serta cukai jalan tamat tempoh.

Dalam pada itu, jelasnya, sebanyak 11 ujian saringan air kencing telah dijalankan dan 3 daripadanya didapati positif dadah yang melibatkan syabu dan ganja.

 

Mereka yang berumur sekitar 25 hingga 29 tahun itu akan akan disisasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah  dan berkemungkinan akan direman sehingga 14 hari.

Selain itu, Kamarulzaman berkata, operasi  tersebut turut menahan seorang pemandu lori yang didapati menggunakan Permit Kenderaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang palsu.

 

“Permit yang asli hanya membenarkan berat dalam muatan sebanyak 51ribu kilogram namun, hasil siasatan bersama JPJ, kita dapati permitnya tertera jumlah 54ribu kilogram.

“Kita percaya ianya palsu dan kita juga akan lakukan siasatan untuk  tindakan lanjut,” jelasnya.

 

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui di JPJ Perak, dekat sini, pada Jumaat.

Operasi yang bermula dari jam 3 petang itu dijangka berakhir pada jam 9 malam ini.

Pada perkembangan sama, Kamarulzaman berkata, pihak polis dan agensi terlibat akan mempergiatkan operasi keselamatan jalan raya bersempena dengan sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");