Membawang Hari Ini

Aaron Aziz Anggap Gelaran Datuk Sebagai Satu Penghargaan

PELAKON Datuk Aaron Aziz menganggap darjah kebesaran Mahkota Pahang diterimanya semalam, sebagai penghargaan.

Aaron berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya.

Menerusi laporan Astro Gempak, beliau turut memuat naik fotonya segak berbaju Melayu hitam dan bertanjak selepas menerima anugerah tersebut di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang semalam.

Rata-rata peminat dan pengikut IG aktor kelahiran Singapura itu mengucapkan tahniah kepadanya.

Selain Aaron, pelakon Farid Kamil Zahari turut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Dalam istiadat kali ini, seramai 167 penerima menerima pingat dan darjah kebesaran dengan 21 penerima dianugerahkan Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri; lima penerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dengan gelaran Datuk Indera.

Manakala, seramai 12 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 78 penerima DIMP dengan kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai enam orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (lapan orang) dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) (20 orang), sembilan enam orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan 13 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");