Membawang Hari Ini

“Adatlah Iman Naik Dan Turun”: Safiey Illias

SELEPAS lebih kurang dua minggu kembali dengan imej wanita, pengasas kosmetik Safiey Illias akhirnya tampil memberi penjelasan.

Safiey menerusi akaun Instagram peribadinya meluahkan rasa tidak puas hati dengan komen-komen negatif yang dilemparkan.

Jutawan muda berusia 23 tahun itu menafikan yang dia mahu mempersenda agama atau menjadi penunggang agama, tetapi sudah menjadi adat iman seseorang itu ada kalanya turun dan naik.

“Bukan pasal mempersenda agama atau penunggang agama, adatlah iman naik dan turun. Daripada cakap yang buruk-buruk, baik cakap yg baik-baik dan doa yang baik-baik,” tulisnya pada laman Instagram miliknya, @safieyillias94.

Memetik laporan Astro Gempak, Safiey akui ketika dia menjadi ‘maknyah’ dahulu, tiada siapa yang mahu mendekatinya tetapi selepas dia  berubah dan berhijrah terdapat ramai yang mahu berkawan dengannya dan tidak kurang yang mahu menumpang nama dan popularitinya.

Pesan Safiey, jangan terus melabel seseorang itu dengan pelbagai andaian kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui.

“Kadang-kadang jangan suka label orang macam-macam sebab kita tak faham apa yg mereka lalui.

“Apabila kita rasa diri kita lebih baik daripada orang, itulah sebenarnya kecelakaan besar dan bongkak dalam diri.

“Sebab iblis sendiri tak nak tunduk depan Nabi Adam sebab rasa diri lebih bagus. So elakkan sesekali rasa diri kita lebih baik dan bagus daripada orang,” tulisnya.

Safiey turut bersedih apabila rakan yang pernah diberi ilmu perniagaan dan dibantu dengan bermacam-macam turut berkata buruk tentangnya.

Bagaimanapun diakhir tulisannya, Safiey mengingatkan semua agar menunggu tarikh 31 Disember ini kerana seperti ada sesuatu yang bakal diumumkan.

Sejak dua minggu lalu, Safiey telah tampil dengan imej wanita yang seksi dan ‘daring’.

Malah dia juga dilihat sering bersama seorang jejaka yang dikatakan ‘kekasih’ barunya.

Tidak kurang juga, menerusi foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, dia seperti pergi ke tempat pembedahan plastik payudara.

Rata-rata pengikut di Instagram Safiey menasihatkannya serta mendoakannya supaya kembali ke pangkal jalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");