Jenayah

Ajal Dihempap Pokok Tumbang

MELAKA: Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok getah dalam kejadian di Jalan Gapam-Bemban, di sini, hari ini.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 2.00 petang tadi menyebabkan mangsa C. Ganesan, 40 tahun, meninggal dunia setelah mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Bukit Rambai ke rumahnya di Bemban, Jasin apabila dihempap pokok yang tumbang secara tiba-tiba lapor Astro Awani.

Mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan akibat parah di kepala serta beberapa bahagian badan setelah terkena dahan pokok yang tumbang.

Mangsa dibawa keluar kira-kira 20 minit kemudian dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");