Panasnya Hari Ini

Akui Jasa Tun M Pada Negara: Tapi Lebih Baik Fokus Untuk Masa Hadapan

Di Perhimpunan Agung UMNO, Ketua Pergerakkan Pemuda, YB Khairy Jamaluddin telah meminta rakyat menilai dan tidak terpedaya dengan dakwaan bahawa zaman Tun Mahathir adalah lebih baik dari era pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak sekarang.

Menerusi ucapan perasmiannya, turut dinyatakan bahawa UMNO perlu tampil sebagai parti yang lagi baik pada masa hadapan malah calon-calon yang akan dipilih adalah bukti yang nyata bahawa UMNO adalah parti yang akan memaju dan mencerahkan pembangunan negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata bahawa anggota sayap parti itu bersetuju dengan seruan KJ yang menasihatkan ahli-ahli pemuda untuk muhasabah diri.

Katanya, Tun Mahathir sepatutnya berhenti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan dan membandingkan era pemerintahannya dan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Kita tidak akan lupa jasa Tun M dalam membangunkan Negara selama 22 tahun namun apa yang perlu difokuskan adalah aspek pembangunan masa kini dibawah kepimpinan Perdana Menteri.

“Bagi saya, YB Khairy juga tidak menafikan bahawa Tun M telah berjasa untuk negara pada masa dulu. Tetapi Tun M perlu berhenti untuk memecah belahkan negara kita,” katanya kepada Peraktoday.com ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO, disini, hari ini.

Jelas Iqbal lagi, Pemuda UMNO mengambil pendekatan dengan memberi fokus untuk terus mara ke hadapan tanpa memburukkan pihak lawan dan membetulkan persepsi kepada rakyat.

“Bagi saya, YB Khairy bukan menidakkan pembinaan KLCC dan pelbagai pembinaan seperti Putrajaya adalah diusahakan oleh Tun M, namun apa yang tidak diterima adalah berkenaan watak dan peranan yang dibawa oleh Tun M pada masa kini.

“Watak ataupun peranan Tun M ketika ini amat-amat mengecewakan. apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri haruslah disokong,” katanya lagi.

Tambahnya, Pemuda UMNO menegaskan bahawa era pemerintahan Tun Mahathir telah berlaku dan adalah lebih untuk mengutamakan dan menyokong kepimpinan Negara yang ada sekarang.

Malah jelas beliau, jika dilihat dakwaan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan juga ‘Flip Flop’ dimana ia membawa makna bahawa ketidakseimbangan mereka dalam membawa isu tertentu.

“Berkenaan manifesto daripada Pakatan Harapan tentang penghapusan GST. Namun apabila Tun Mahathir bercampur tangan kini mereka juga tidak akan menghapuskan GST. Begitu juga tentang isu PTPTN, Pakatan Harapan mahu menghapuskan PTPTN tetapi kini juga mereka telah mengubah untuk menambah baikkan PTPTN seperti mana UMNO telah bercadang pada awalnya lagi.

“Pakatan Harapan tidak teguh dan tidak ada pendirian hanya kerana untuk meraih sokongan rakyat, Pakatan Harapan hanya berjanji palsu dan tidak seperti Barisan Nasional,” katanya lagi.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");