Membawang Hari Ini

‘Ayah Marah Kepada Trump’

PUTRAJAYA: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump perlu menghormati hak umat Islam dan menarik balik pengistiharan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Ayah Arka berkata, kegagalan Trump berbuat demikian boleh mencetuskan ketegangan antara negara.

“Ayah memang marah dengan apa yang Trump sudah lakukan.

“Ayah beri amaran, Trump jangan biadap dan tolong hormat umat Islam,” katanya ketika ditemui Sinar Online di Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis, hari ini.

Beliau dalam masa sama menyeru umat Islam untuk terus melakukan gesaan dan bantahan terhadap Trump.

“Seluruh umat Islam perlu bangkit dan menafikan keputusan Trump dan gesaan ini perlu diteruskan sehingga Trump tarik balik keputusan.

“Ayah minta umat Islam protes kerana Baitulmaqdis hati, nadi orang Islam yang pertama sebelum Kaabah,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");