Berita Hari Ini

Baitulmaqdis: Erdogan Usaha Satukan Pemimpin Islam

ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan, hari ini mempengerusikan sidang tergempar pertubuhan Islam utama dunia, berusaha mengemudi pemimpin Islam memberikan reaksi kepada pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Erdogan, yang memegang giliran menjadi pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berharap menyatukan pemimpin Islam yang kerap bertelagah mengeluarkan kenyataan keras terhadap tindakan Trump itu.

Pengumuman yang dibuat Trump minggu lalu itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara Islam dan Arab, menyaksikan ribuan mengadakan tunjuk perasaan mengutuk wilayah Yahudi dan menunjukkan solidariti dengan penduduk Palestin.

Ia turut mencetuskan bantahan di wilayah Palestin, dengan empat terkorban setakat ini dalam pertempuran atau serangan udara Israel dan ratusan lagi cedera.

Erdogan melabelkan Israel sebagai negara pengganas dan menggesa tidak balas keras.

Namun usaha merapatkan jurang dalam komuniti politik Islam termasuk dua negara bermusuhan, Arab Saudi dan Iran, bukan tugas mudah apatah lagi mengumumkan sebarang sekatan yang dipersetujui dalam kalangan 57 negara anggota OIC.

Beberapa negara utama seperti Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, tidak mungkin mahu merisikokan hubungan dengan Washington demi kenyataan OIC memetik sumber AFP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");