Isu Panas

Zaid Ibrahim Hadir Ke Bukit Aman Beri Keterangan

KUALA LUMPUR: Ahli DAP, Datuk Zaid ibrahim tiba di Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung isu mempersoal titah Sultan Selangor.

Beliau difahamkan tiba 9.30 pagi tadi ditemani peguamnya, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Ronnie Liu serta beberapa lagi penyokong dan ahli DAP memetik sumber Astro Awani.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan arahan memanggil Zaid untuk memberikan keterangan.

Setakat ini, dua laporan polis sudah dibuat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");