Jenayah

Bapa Rogol Anak Kandung Umur 10 Tahun

KOTA BHARU: Seorang peniaga dikenakan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 10 tahun, September lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 50 tahun mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lapan anak itu didakwa merogol anak perempuannya berusia 10 tahun empat bulan, di sebuah rumah tanpa nombor di Beris Kubur Besar, Bachok, di antara jam 9.30 malam hingga 11.15 malam, pada 22 September 2017.

Menurut laporan BH Online, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian, tertuduh pergi ke rumah bekas isterinya bagi mengambil mangsa untuk tidur di rumahnya, namun mangsa enggan.

Bagaimanapun, selepas dipujuk ibunya, mangsa mengikut bapanya.

Pada jam 11.30 malam, mangsa pulang ke rumah dengan dihantar oleh kakaknya dan ibu mangsa mendapati anaknya dalam keadaan ‘berlainan’ dan selepas dipujuk, mangsa memberitahu dirogol bapanya dan ini bukan kejadian kali pertama.

Pada 12 Oktober lalu, tertuduh sekali lagi datang mahu mengambil mangsa, namun ibunya tidak membenarkan dan kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana perlu menyara ramai anak.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias, memohon hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira perbuatan sumbang mahram terhadap anaknya sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");