Sukan Hari Ini

‘Satu Penghormatan Untuk Saya, Pemain’

JURULATIH PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, bersyukur dan berbesar hati apabila dia dicalonkan sebagai salah seorang jurulatih terbaik Liga Malaysia dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017.

“Saya terkejut disenaraipendekkan antara tiga jurulatih terbaik 2017. Ini satu penghormatan untuk saya dan pemain.

“Pencalonan berkenaan nyata menjadi pembakar semangat kami yang akan beraksi buat kali pertama dalam Liga Super musim depan,” ujarnya, menerusi laporan Stadium Astro.

Tambahnya, gabungan pengurusan dan staf kejurulatihan PKNP juga sebenarnya adalah pemangkin kejayaan kelab selama ini.

“Oleh itu, rasa sangat berbaloi dengan pengiktirafan ini dan buktinya, PKNP dinaikkan ke Liga Super 2018,” katanya.

Selain Abu Bakar, penyerang PKNP FC musim lalu, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, turut berada dalam senarai pencalonan bagi anugerah kategori penyerang terbaik.

Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 akan berlangsung di Hotel One World, Bandar Utama, Jumaat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");