Sukan Hari Ini

Benteke, Palace Akhiri Kemarau

LONDON: Christian Benteke bangkit daripada minggu sukar yang dihadapinya apabila menjaringkan gol pertama musim ini bagi membantu Crystal Palace menewaskan Leicester City 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Palace berjaya keluar daripada kelompok tiga terbawah liga dengan menghuni tangga ke-14 selepas mengumpul 17 mata.

Wilfried Zaha dan Bakary Sako turut meletakkan nama sebagai penjaring sekali gus membantu Palace menamatkan kemarau kemenangan di tempat lawan selama lapan bulan.

Seminggu selepas mengabaikan arahan pasukan untuk mengambil dan gagal menyempurnakan penalti pada masa kecederaan ketika seri 2-2 dengan Bournemouth, Benteke menebus kegagalan itu apabila meletakkan Palace di depan menerusi tandukan pada minit ke-19.

Zaha kemudian meletakkan Palace selesa di depan apabila meledak gol kedua pada minit ke-40 manakala Sako melengkapkan kemenangan pasukan itu dengan gol ketiga pada masa kecederaan. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");