Sukan Hari Ini

Bukan Salah Sanchez Arsenal Hambar: Wenger

LONDON: Arsene Wenger enggan menuding jari kepada prestasi penyerangnya, Alexis Sanchez selepas menyaksikan mereka terikat tanpa jaringan dengan pasukan yang berada di zon penyingkiran, West Ham.

Sebaliknya pengendali Arsenal itu berkata, keseluruhan pasukan harus mempamerkan peningkatan selepas persembahan hambar itu.

Pemain Chile itu menjadi antara senjata utama Arsenal sejak beberapa musim lalu namun hanya meledak empat gol pada kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan terbaru ketika mencatat kemenangan ke atas Huddersfield Town, bulan lalu.

Prestasi Arsenal secara tidak langsung memberi kesan kepada Sanchez, apatah lagi kelab dari utara London itu belum pernah melakar kemenangan daripada tiga perlawanan liga dan terjatuh ke tangga ketujuh carta ketika ini.

“Dia seorang (sangat bercita-cita tinggi) tetapi dalam situasi seperti itu, kamu tidak mahu terlalu fokus kepada satu pemain saja. Kamu perlu memberi fokus kepada keseluruhan sikap pasukan bagi membolehkan mereka memberi tumpuan terhadap kualiti permainan kami,” kata Wenger.

“Kami mencipta peluang. (Gol) akan hadir. Sukar untuk bercakap mengenainya. Dia sudah mencuba, dia bersaing. Ia sukar kerana mereka bertahan dengan sangat baik.”

Wenger berkata, kekalahan di tangan penghuni tangga kedua Manchester United awal bulan ini dan kekurangan persiapan juga menjadi faktor kepada persembahan The Gunners.

Arsenal dijadual melayan kunjungan penghuni tangga ke-16 Newcastle United, yang masih belum meraih kemenangan dalam lapan perlawanan liga pada Sabtu ini.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");