Berita Hari Ini

Cadangan Wujudkan MRSM Berbayar Sedang Dikaji

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang mengkaji cadangan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar bagi menampung kemasukan pelajar cemerlang di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerima banyak permohonan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi untuk anak-anak mereka yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diterima belajar di MRSM.

“MARA sentiasa memastikan pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) terutamanya di luar bandar, diberi keutamaan mendapatkan pendidikan menengah terbaik di MRSM.

“Jadi bagi pelajar cemerlang dalam kalangan ibu bapa berpendapatan tinggi yang mampu membiayai kos pendidikan anak-anak mereka boleh ditempatkan di MRSM berbayar tersebut, namun namanya mungkin agak berbeza daripada MRSM sedia ada,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini memetik sumber Bernama.

Ismail Sabri berkata cadangan penubuhan MRSM tersebut bagi memastikan semua pelajar cemerlang yang berkelayakan berpeluang menyambung sesi pembelajaran di sekolah berasrama penuh dan meneruskan kecemerlangan masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");