Berita Hari Ini

Demi Menanggung Kos Perubatan Ibu Dan Melamar Kekasih, Remaja ‘Berani Mati’ Maut Jatuh Bangunan

BEIJING: Seorang lelaki di China yang terkenal dengan sifat keberanian luar biasa dan mempunyai ribuan pengikut di laman sosial Weibo miliknya bertemu ruas apabila aksinya bertenggek telah menyebabkan dia maut.

Memetik laporan Astro Awani, BBC melaporkan, Wu Yongning, 26, meninggal dunia selepas terjatuh dari bangunan 62 tingkat di Changsha.

Kekasihnya mengesahkan kematian Wu menerusi laman media sosial hanya sebulan kemudian.

Wu dikatakan melakukan aksi sedemikian sebagai menyahut cabaran demi memenangi sejumlah wang bernilai 100,000 yuan (RM61,582.48).

Wu sebelum itu sememangnya terkenal dengan video dramatik berdurasi pendek memaparkan dia ‘bertenggek’ di atas bangunan tinggi tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.

Namun, pengikut mula runsing apabila dia berhenti mengemas kini laman sosialnya itu sejak November.

Menurut seorang ahli keluarga yang memberi kenyataan kepada media tempatan, Wu menyahut cabaran itu kerana memerlukan wang tersebut untuk perkahwinannya dan ibunya yang sedang sakit.

“Dia sebenarnya mahu melamar kekasihnya sehari selepas hari kejadian, namun hajatnya tidak kesampaian,” tambahnya.

Sebelum ini, walaupun memaparkan aksi berbahaya di laman media sosialnya, Wu tetap memberi amaran agar penonton tidak meniru aksi berbahaya tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");