Jenayah

Dua Orang Maut Rentung Di Dalam Kemalangan

AYER KEROH: Terdapat 2 orang rentung iaitu seorang pemandu dan penumpang kereta apabila kenderaan mereka terbakar, selepas terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 205.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan,, malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang  jam 10.30 malam itu, kedua-dua mangsa tidak dapat menyelamatkan diri apabila kereta PROTON Wira yang dinaiki terpelosok di bawah lori.

Penolong Kanan Penguasa Bomba negeri, Kushairy Deraman selaku Komander Operasi, berkata identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.

Jelasnya, usaha mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira empat jam berikutan kerja memadam kebakaran perlu dilakukan terlebih dulu.

“Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada jam 3.05 pagi dan mangsa kedua dikeluarkan pada jam 3.25 pagi sebelum operasi menyelamat ditamatkan.

“Ketika bomba sampai di tempat kejadian, api masih marak dan pemandu lori terbabit dipercayai melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk di proses bedah siasat katanya.

Beliau terangkan lagi, lori yang membawa muatan hampas soya kira-kira 15 tan itu dari Pelabuhan Klang menuju ke Pasir Gudang, Johor.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");