Jenayah

Empat Polis Ditahan Selepas Tular Kes Pecah Rumah

KUANTAN: Penularan satu kes pecah rumah di media sosial membawa kepada penahanan empat anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian di Taman Alam Perdana di sini pada 9 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, kesemua kesemua suspek berusia antara 25 hingga 36 tahun ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 4 petang, Khamis lalu.

Katanya, kesemuanya yang berpangkat Lans Koperal serta koperal ditahan reman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Polis menyiasat kes itu selepas menerima aduan daripada seorang lelaki pada 10 November yang menjadikan rumah berkenaan sebagai stor penyimpanan rokok seludup pelbagai jenama dipecah masuk.

“Kita menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh mangsa, namun tidak memperoleh sebarang bukti lanjut,” katanya sidang media di IPD Kuantan di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun kira-kira jam 3 petang Khamis lalu pihaknya mendapat maklumat bahawa kes berkenaan diviralkan dalam media sosial yang mengaitkan ada pembabitan anggota polis dalam kes berkenaan.

“Susulan itu kita menahan suspek yang juga anggota polis bertugas di Balai Polis Kuantan bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada pemberi maklumat sehingga penjenayah terbabit berjaya ditangkap selepas maklumatnya mengenainya ditularkan di media sosial.

“Sekali lagi dinyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) tidak berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota melanggar kesalahan dan terbabit dalam jenayah,” katanya.

Difahamkan antara yang dibawa dicuri dalam kes itu adalah rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM35,000 dan wang tunai RM15,000 dipercayai hasil jualan rokok seludup sekitar daerah ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");