Panasnya Hari Ini

‘Use Your Brain’- Ustaz Fathul Bari

KUALA LUMPUR: “Gunalah kebijaksanaan, jangan hanya membangkang membuta tuli,” demikian tegas Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari terhadap tindakan pembangkang yang mempertikaikan pendirian kerajaan terhadap kenyataan Presiden America, Donald Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu Negara Israel.

Jelas beliau, hubungan diplomatik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Donald Trump tidak membawa makna bahawa kerajaan bersetuju dengan setiap apa yang dilakukan presiden America itu.

Katanya lagi, kenyataan yang dikeluarkan Trump telah mencabar Umat Islam seluruh dunia dan tidak ada sebab untuk kepimpinan Negara bersetuju.

“Kenyataan itu seolah-olah mencabar umat Islam bukan sahaja di Palestin sebaliknya di seluruh dunia termasuk kepada kita di Malaysia.

“Dan pembangkang sepatutnya lebih bijak dalam berkata-kata, tak akan lah kita nak tutup sebarang hubungan diplomatik jika tidak sehaluan. Ada banyak lagi cara untuk menekan America,” katanya ketika ditemui Peraktoday di Perhimpunan Agung UMNO 2017, disini hari ini.

Fathul Bari dalam pada itu turut mencabar umat Islam seluruh dunia untuk berperang dan menolak dengan tindakan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Katanya, kenyataan Trump itu melibatkan perspektif yang lebih besar iaitu berkaitan kemanusiaan dan hak asasi manusia.

“Selama ini kita melihat PBB cuba menjuarai isu-isu kemanusiaan dan hak asasi seumpamanya.

“Jadi saya meminta dan yakin Perdana  Menteri akan mendesak PBB di OIC yang tidak lama dikatakan mengadakan mesyuarat tergempa.

“Bangkitkan perihal isu ini dan memberikan tekanan kepada PBB, apakah pendirian mereka sedangkan Amerika tidak ada hak untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Ini adalah mesej kepada umat islam seluruh dunia, inilah masa untuk kita bersatu demi Islam demi negara kita dan demi hak manusia,” katanya lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");