Jenayah

Empat Rakyat Palestin Dibunuh Tentera Israel

RAMALLAH – PALESTIN. Empat rakyat Palestin dibunuh tentera Israel manakala hampir 1,778 orang lagi cedera selepas beberapa bahagian di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza dikepung, sejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik sumber Bernama.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 1,396 orang cedera di Tebing Barat dan di Baitulmuqaddis sementara di Gaza jumlah kecederaan mencecah seramai 382 orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");