Membawang Hari Ini

Farid Kamil, Aaron Aziz Kini Bergelar Datuk

KUALA LUMPUR: Dua pelakon terkenal tanah air iaitu Farid Kamil dan Aaron Aziz kini bergelar Datuk selepas dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu.

Kedua-dua pelakon itu menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang lapor Mstar Online.

Farid, 36 dan Aaron, 41, yang juga berasal dari Singapura merupakan antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai nama penerima pingat yang menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");