Sukan Hari Ini

Gunners Ujian Sebenar Reds

LONDON: Sejak kebelakangan ini, Liverpool berjaya bertahan dengan baik, namun ia bakal berdepan ujian sebenar apabila dijadualkan bertemu Arsenal, hujung minggu ini, kata pengurusnya, Jurgen Klopp.

Awal musim ini, kelab Merseyside itu dikritik susulan aksi buruk ketika bertahan terutamanya selepas tewas 5-0 kepada Manchester City dan 4-1 di tangan Tottenham Hotspur.

Sejak tewas kepada Spurs, pasukan Liverpool bertambah baik, apabila hanya melepaskan empat gol dalam sembilan perlawanan namun tetap beri amaran kepada pemainnya.

“Sekali pun tidak meraih peluang, kami kena betul-betul bersedia terutamanya ketika bertahan,” kata Klopp, menerusi laporan Harian Metro.

“Ini adalah Arsenal… kamu memiliki kumpulan yang berbakat dan mereka juga mampu mencipta peluang.

Semua pemain perlu berada di bahagian tertentu. Mereka pasukan yang serba lengkap dan mampu melakukan apa saja.

“Hanya empat (bolos) dalam sembilan perlawanan terakhir cukup bagus namun semuanya sudah berlalu. Kami kena bersedia untuk menghadapi cabaran berbeza.”

Pemain pertahanan, Joel Matip kembali menyertai latihan selepas pulih daripada kecederaan paha, namun belum bersedia untuk aksi dengan Arsenal manakala Daniel Sturridge masih belum pasti dapat diturunkan.

Alex Oxlade-Chamberlain akan kembali ke Stadium Emirates buat kali pertama sejak berhijrah ke Liverpool ketika pemain tengah itu memberikan keyakinan buat Klopp ketika bantu pasukan menang 4-0 ke atas Bournemouth.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");