Sukan Hari Ini

Heynckes Belum Tandantangani Kontrak Bersama Bayern

JUPP Heynckes telah menghidupkan semula Bayern Munich sejak menggantikan Carlo Ancelotti pada September tetapi pengendali berusia 72 tahun itu masih belum menandatangani kontrak di Allianz Arena.

Menurut Stadium Astro, Heynckes kembali ke Bayern dengan kontrak jangka pendek yang bakal berakhir pada penghujung musim ini – selepas Paris Saint-Germain menewaskan mereka 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Selain dimalukan dalam saingan tersebut, Bayern juga menghuni tangga ketiga Bundesliga, ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu pada ketika itu, Borussia Dortmund.

Sejak kelab mengambil semula Heynckes, nasib mereka bertukar. Bayern meraih sembila kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan – hanya kehilangan mata ketika bertemu Borussia Monchengladbach, seri dengan RB Leipzig dalam saingan Piala DFB-Pokal sebelum mara menerusi penentuan sepakan penalti.

Hasilnya, Bayern unggul di takhta lagi dengan enam mata dan telah mara ke pusingan kalah mati UCL.

Di sebalik peningkatan yang dipamerkan di bawah kendalian Heynckes, beliau masih belum menandatangani kontrak secara rasmi bersama kelab, tetapi kerana beliau masih lagi belum berpeluang untuk melakukannya.

“Kami masih belum memiliki kontrak.

“Encik Jan-Christian-Dreesen, [Ketua pegawai eksekutif kewangan Bayern] sentiasa menggesa saya untuk menandatangani kontrak. Tetapi saya tidak mempunyai masa yang lapang.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");